Kenderaan Singapura beli RON95

Lelaki dipercayai warga Singapura mengisi RON95 tular di laman sosial.
Lelaki dipercayai warga Singapura mengisi RON95 tular di laman sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki mengisi minyak RON95 pada kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura di laman sosial mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Video berdurasi 45 saat itu dimuat naik di Twiter My Watch meraih 56,300 tontonan dan 1,900 ciapan.

Bagaimanapun apa yang menariknya video itu, si perakam video bertindak menegur lelaki tersebut kerana menjadi satu kesalahan mengisi minyak RON95 sekiranya benar dia warganegara Singapura.

Sejurus ditegur, lelaki itu pantas meletakkan semula pam minyak RON95 dan beredar dari stesen minyak berkenaan.

Status Twitter turut memuji tindakan si perakam kerana berani menegur lelaki tersebut.

Menurut @XavierNaxa, perkara itu adalah salah satu ketirisan dalam pemberian subsidi yang merugikan negara.

"Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Mekanisme pengisian petrol perlu dikaji agar tidak tertiris.

"Mohon @KPDNKK pandang serius. Jangan kerana kes terpencil anda jadikan alasan untuk sekat subsidi," ciapnya.

Artikel Berkaitan:

@MsufiKasim juga berkongsi pengalaman, "Saya pernah hari itu nak isi minyak RON95 kat JB. Tiba-tiba ada seorang Bangladesh ni berlari ke arah saya kata, encik tak boleh angkat ini kuning?.

"Saya tanya kenapa? Dia jawab Singapura kena angkat ini hijau. Saya jawab balik maaf saya orang Malaysia. Ini kereta nombor wilayah punya, syabas bro Bangla ni," jelasnya.

Dalam pada itu, netizen turut mempertikaikan staf di stesen tersebut kerana tidak peka sebelum menerima pembayaran daripada pelanggan mereka.