KPWKM sokong wanita terlibat sektor teksi motosikal

Hannah ketika ditemui pada majlis perasmian bilik pengurusan jenazah di Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala di sini hari ini.
Hannah ketika ditemui pada majlis perasmian bilik pengurusan jenazah di Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyokong golongan wanita terlibat dalam industri perkhidmatan teksi motosikal.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata, ia bertepatan dengan kehendak sektor pekerjaan yang memerlukan khidmat wanita tanpa ada diskriminasi gender.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau menekankan aspek keselamatan dan kebajikan pekerja wanita di sektor itu tidak diabaikan.

"Kalau kita lihat hari ini memang terdapat pekerjaan yang golongan wanita turut mahu terlibat dan saya rasa tidak ada lagi perbezaan gender seperti golongan wanita kurang sesuai dalam pekerjaan tersebut.

"Tapi yang paling penting kita perlu pastikan keselamatan kepada pekerja wanita itu dijaga oleh semua pihak," katanya pada majlis perasmian bilik pengurusan jenazah di Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala di sini hari ini.

Hannah berkata, pihaknya juga turut bersedia memberikan kerjasama dengan kementerian terlibat dalam memastikan aspek keselamatan pekerja wanita itu dijaga.

"Saya menjemput pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Sumber Manusia ke KPWKM jika memerlukan maklum balas atau input berkaitan," katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj memaklumkan pihaknya mengajak lebih ramai penunggang motosikal wanita turut serta dalam perkhidmatan teksi motosikal kerana terdapat permintaan.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan hasil tinjauan dan kehendak pasaran menunjukkan permintaan tinggi daripada pengguna wanita yang mahukan perkhidmatan penunggang wanita.