Padah cabul 'budak WeChat'

Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah dan dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman akibat kesalahan cabul
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah dan dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman akibat kesalahan cabul
A
A
A

KOTA BHARU - Akibat mencabul seorang remaja yang baharu sehari dikenali di aplikasi WeChat, seorang bekas prebet tentera dihukum penjara enam bulan dan denda RM15,000 di mahkamah sesyen, tadi.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas Nik Aris Ghazali, 24, mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan.

Tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa yang ketika itu berusia 19 tahun di dalam pejabat Unit 5 Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas pada jam 11.30 malam hingga 12 tengah malam, 26 November 2017.

Artikel Berkaitan: