Puteh, Bocey, Zero, Rare dan Jborn mara ke pentas akhir

Finalis MLM2019 - FOTO Azrul Rafie (Astro)
Finalis MLM2019 - FOTO Azrul Rafie (Astro)
A
A
A

SELEPAS 10 minggu berjuang, kumpulan Puteh, Bocey, Zero, Rare dan Jborn melayakkan diri ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) apabila diumumkan tiada penyingkiran pada minggu separuh akhir yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam sebentar tadi.

Kesemua lima peserta minggu separuh akhir tampil menerusi dua persembahan yang bertemakan budaya dan loghat pada tugasan pertama, manakala tema bebas untuk tugasan kedua.

Masing-masing memberikan persembahan terbaik dalam usaha untuk menempah kedudukan ke pentas akhir MLM2019 yang akan berlangsung ‪pada Jumaat depan‬.

Pada persembahan minggu separuh akhir itu, kumpulan Puteh memenangi anugerah Oppo Punchline Machine, manakala Flamintoz Kumpulan Paling Syok pula menjadi milik kumpulan Jborn.

Persembahan kesemua peserta diadili oleh empat juri tetap yang terdiri daripada Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Inul Daratista dan Najib Ali, yang mewakili 70 peratus permarkahan.

Manakala 30 peratus lagi markah merupakan undian daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga di platform digital, Gempak.

MLM2019 menyaksikan gabungan pelawak dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei berentap untuk merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500,000.

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124), setiap Jumaat, bermula ‪jam 9‬ malam.

Artikel Berkaitan: