12 Ketua AMK negeri diumum

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan pelantikan 12 ketua AMK negeri untuk melengkapkan organisasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di semua peringkat.

Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab dalam kenyataan hari ini berkata proses pemilihan ketua-ketua AMK negeri itu dilaksanakan Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir.

“Pelantikan itu dibuat setelah Ketua AMK Malaysia mengadakan rundingan dengan ketua-ketua AMK di peringkat cabang dan mendapatkan nasihat daripada pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN),” kata Ahmad Syukri.

Beliau berkata bagaimanapun ketua AMK negeri bagi Sabah dan Sarawak akan diumum dalam masa terdekat sejurus proses rundingan selesai.

Ketua-ketua AMK negeri yang dilantik ialah Nor Azam Karap (Perlis); Mohammed Firdaus Johari (Kedah); Fahmi Zainol (Pulau Pinang); Mohamad Hairul Amir Sabri (Perak); Najwan Halimi (Selangor); Naim Brundage (Wilayah Persekutuan); Ahmad Izzuddin Ismail (Negeri Sembilan); B. Prasanth Kumar (Melaka); R. Yuneswaran (Johor); Mohd Mustaqim Abdul Jalil (Pahang); Mohd Huzaifah Md Suhaimi (Terengganu); dan Muhd Hafiz Muhd Kasasi (Kelantan). - Bernama

Artikel Berkaitan: