X

Kindly register in order to view this article
!

'Dr Maszlee tak sedih, mahu tumpu Simpang Renggam'

Mohd Fadhli berkongsi reaksi Maszlee ketika bertandang ke rumah Ahli Parlimen Simpang Renggam itu malam tadi.
A
A

SHAH ALAM - "Apa nak sedih, saya ok je. Move on dan berbakti kepada masyarakat. Lepas ini kita lebih kuat menyantuni warga Simpang Renggam," kata mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Kata-kata Maszlee itu dikongsi seorang rakan beliau yang juga Pengerusi IKRAMTeens Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Mohd Fadhli Othman.

Maszlee memberi reaksi sedemikian ketika Mohd Fadhli bertandang ke rumah pemimpin berkenaan malam tadi bagi meluahkan rasa sedih susulan keputusan beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

"Sedikit kehairanan apakah tiada bait sesalan atau sedih selepas melepaskan jawatan? Banyak visi dan misi sedang berjalan yang perlu diteruskan oleh YB Maszlee Malik.

"Malam ini aku bertandang ke rumah beliau buat pertama kalinya dan buat kali terakhirnya sebagai Menteri Pendidikan. Sungguh sesak dengan kehadiran rakan-rakan yang tak putus-putus beri semangat," katanya di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih semua. Jalan terus': Maszlee

Mohd Fadhli berkata, tiada sedikit keluhan dan luahan negatif daripada Maszlee sebaliknya hanya gelak tawa serta senyuman berterusan.

Menurutnya, meskipun Maszle pernah diberi gelaran 'menteri kasut', namun pemimpin itu yang mempertahan dan meringankan bebanan guru.

"Menteri kasut inilah yang menukar polisi supaya golongan B40 mudah masuk ke asrama penuh, matrikulasi dan universiti.

"Menteri kasut inilah perkasakan 'zero reject policy' agar setiap anak berkeperluan khas diberi hak pendidikan di sekolah tanpa ada sebarang kata 'tidak boleh'.

"Menteri kasut inilah yang menambah nilai sistem pertukaran guru secara suka sama suka tapi akhirnya beliau diturunkan," katanya.

Maszlee semalam dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya mengumumkan menyerahkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuknya mengemudi KPM.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus