Anak yatim berpeluang hasil donut Dunkin'

PARA peserta berpeluang menghasilkan doh, menggoreng dan menghias donut Dunkin' baru-baru ini.
PARA peserta berpeluang menghasilkan doh, menggoreng dan menghias donut Dunkin' baru-baru ini.
A
A
A

SERAMAI 37 ahli daripada Persatuan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan serta OrphanCare Foundation bertuah apabila berpeluang untuk melihat proses pembuatan donut di kilang Dunkin' baru-baru ini.

Selain menyaksikan pembentukan donut, para peserta turut diberi peluang menyediakan, memotong, menggoreng dan menghias doh termasuk melakukan proses pembungkusan.

Menurut kenyataan pemegang francais induk jenama Dunkin’, Golden Donuts Sdn Bhd, aktiviti istimewa berkenaan bukan sahaja menyalurkan maklumat tentang penghasilan makanan itu, malah menyediakan platform pembelajaran dalam suasana menyeronokkan.

"Peserta cilik khususnya gembira dan teruja kerana berpeluang menghias donut mengikut idea dekorasi masing-masing.

"Kemudian, mereka berkesempatan pula memilih donut pelbagai rasa dan hiasan untuk dibawa pulang," ujar kenyataan tersebut kepada Femina.

Dalam pada itu, Golden Donuts turut menyampaikan cek bernilai RM15,000 kepada persatuan berkenaan hasil jualan yang dikutip daripada cawangan Dunkin' Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: