Waktu solat Subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Yusof Ahmad berkata, keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

"Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan, menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk dalam menentukan waktu subuh, setelah keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 November tahun lepas.

“Selaras dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan Subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai, Mohd Rashidi di talian 06-7652428 atau Shamsul Zahri Mohd Salleh di talian 06-7652418. - Bernama

Artikel Berkaitan: