Bergaduh rebut teman wanita

Antara kecederaan yang dialami mangsa setelah diserang sekumpulan individu dalam kejadian kelmarin.
Antara kecederaan yang dialami mangsa setelah diserang sekumpulan individu dalam kejadian kelmarin.
A
A
A

SERDANG - [DIKEMASKINI] Enam individu berumur 16 hingga 20 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di gelanggang bola keranjang di Seri Kembangan semalam.

Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian dikatakan ada kaitan dengan perebutan seorang wanita yang dipercayai teman wanita salah seorang daripada sekumpulan remaja tersebut.

"Kedua kumpulan remaja ini mengenali antara satu sama lain dan pihak polis menolak wujud unsur gengsterisme dan perkauman dalam kejadian ini," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, tindakan pantas polis berjaya menahan enam suspek yang terlibat.

"Dengan tertangkapnya enam suspek ini, polis percaya kes ini dapat diselesaikan dan meminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya.

Artikel Berkaitan: