Sorok rokok seludup di sebalik bingkai ayat al-Quran

Antara rokok disyaki tidak bercukai yang dirampas di sebuah kedai runcit di Pandamaran Jaya, Klang semalam.
Antara rokok disyaki tidak bercukai yang dirampas di sebuah kedai runcit di Pandamaran Jaya, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Taktik sebuah premis runcit yang menyembunyikan rokok tidak bercukai dalam ruangan khas di belakang kedai dan bertutup dengan bingkai ayat al-Quran terbongkar dalam serbuan Op Landai di sini semalam.

Operasi kira-kira jam 12.10 tengah hari di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang itu turut menahan seorang lelaki yang juga pemilik premis terbabit.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, pemeriksaan awal pihaknya menjumpai pelbagai rokok putih disyaki tidak bercukai di bawah tangga premis terbabit.

"Siasatan lanjut kemudian menjumpai satu lubang di atas tandas yang ditutup dengan bingkai ayat al-Quran di bahagian belakang kedai sebelum menjumpai pelbagai rokok putih disyaki tidak bercukai.

"Sebanyak 652 karton rokok bernilai kira-kira RM87,102.20 telah dirampas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemilik kedai berusia lingkungan 60-an ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

Katanya, suspek dipercayai aktif sejak dua hingga tiga tahun lalu dengan mendapatkan bekalan rokok dari Indonesia.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: