Bungkus dadah dalam kebun getah

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Polis menahan dua lelaki yang sedang leka membungkus dadah di kebun getah di Kampung Lubuk Setol dalam serbuan kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika serbuan kedua-dua suspek berusia 29 dan 45 tahun itu cuba melarikan diri dan bertindak agresif.

"Pemeriksaan di lokasi menemui 11 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 94.78 gram bernilai RM2,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai menanti pelanggan untuk menjual dadah di Kampung Bohor Tempoyak, Langkawi pada jam 8.45

Tiga suspek yang ditahan dalam dua kejadian berasingan ditahan reman untuk siasatan.
Tiga suspek yang ditahan dalam dua kejadian berasingan ditahan reman untuk siasatan.

"Polis merampas 32 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 100.91 gram bernilai lebih kurang RM2,000 dan satu peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 27.0gram bernilai lebih kurang RM 2200," katanya.

Tambahnya, suspek ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: