Ayam percik limau purut madu

No Image Caption
A
A
A

BAHAN-BAHAN A:

2 paha ayam

10 bawang kecil

5 bawang putih

2 inci halia

1 sudu besar cili giling

1 batang serai

2 sudu kecil serbuk kunyit

Artikel Berkaitan:

1 sudu besar gula melaka

BAHAN-BAHAN B (kuah):

1 cawan santan cair

1 cawan krim masak (cooking cream)

15 ulas bawang merah

2 sudu besar cili giling

2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk cili

3 inci halia

1 batang serai

1 limau nipis

1 sudu besar gula melaka

1 sudu besar udang geragau

4 lembar daun limau purut

1 sudu teh madu

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar bahan- bahan A untuk perapan ayam.

2. Perap selama 30 minit.

3. Kemudian, panggang atau bakar ayam tersebut.

4. Sementara menunggu ayam masak, beralih kepada proses membuat kuah percik.

5. Kisar bawang merah, halia, masukkan air limau nipis dan serai bersama sedikit air.

6. Masukkan ke dalam periuk atau kuali, masak bersama serbuk kunyit, udang geragau dan cili giling.

7. Selepas itu, masukkan santan dan cooking cream serta daun limau purut.

8. Setelah dimasak masukkan gula melaka dan madu.

9. Kemudian, sedia untuk dinikmati bersama ayam yang telah dipanggang atau dibakar.

Sumber: Cef Datuk Fazley Yaakob, @sukasucrebistro