X

Kindly register in order to view this article
!

Tak perlu bergaduh dengan perokok

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

SEHARI dua ini hangat cerita pasal merokok di restoran dan premis makanan boleh kena kompaun. Bukan banyak sangat pun, baru RM250. Kadar itu boleh dikurangkan kepada RM150 bagi kesalahan pertama dan dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh izin kompaun diterima.

Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun RM250 akan dikenakan, manakala kompaun lebih tinggi, iaitu RM350 bagi mereka melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya.

Merak Jalanan tidak kisah sangat dengan isu ini. Eloklah perokok kena kompaun. Nak tegur pun susah. Kalau silap tegur boleh bertumbuk. Rokok sekotak RM18 boleh beli, takkan tak boleh bayar kompaun.

Di Filipina, kadar kompaun lebih tinggi. Kalau kena tahan polis Filipina atau pasukan petugas lokal, boleh didenda sehingga 10,000 Peso (RM779.50). Sebab itu Manila bebas daripada asap rokok di kawasan awam dan secara automatiknya mempunyai persekitaran yang bersih tanpa puntung rokok.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun di sebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang rokok pada 1998.

Perokok pasif membahayakan kanak-kanak dan orang dewasa. Justeru, antara cara untuk melindungi sepenuhnya golongan yang tidak merokok ialah menghapuskan tabiat merokok di semua kawasan awam.

Bagi perokok yang masih berdegil menghisap rokok di restoran atau tempat awam, biarkan sahaja. Tak perlu bergaduh dengan mereka yang tidak reti bahasa tentang peraturan yang telah dikuatkuasakan ini.

Apa yang perlu kita buat ialah ambil saja gambar mereka dan hantar pada KKM. Kementerian Kesihatan menyediakan saluran untuk orang ramai membuat aduan menerusi WhatsApp di talian 010-8608949 atau menghubungi talian 03-88924530.

Bagi lokasi dan masa sekali. Senangkan?


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!