Tergamak senaraikan ibu sebagai penjenayah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

RIYADH - Sebuah mahkamah di Arab Saudi berdepan dengan kes pelik apabila seorang ahli perniagaan tempatan tergamak memberi suapan berjumlah 4 juta Riyal (RM4.3 juta) bagi memasukkan nama ibunya dalam senarai penjenayah yang membiayai aktiviti pengganas.

Akhbar Okaz melaporkan lelaki tersebut mahu ibunya dipenjarakan selepas berlaku pertikaian kewangan antara mereka.

"Dia memberikan cek bank lebih 22 juta Riyal (RM23 juta) kepada wanita terbabit dan mula kerap meminta wang daripada lelaki tersebut," jelas laporan itu.

Difahamkan, pegawai yang menerima rasuah itu juga menjadi perantara untuk menyerahkan surat kepada pihak berkuasa yang menyatakan ibu ahli perniagaan terbabit menyalurkan bantuan kewangan kepada kumpulan pengganas.

Kandungan surat itu turut mendakwa ibu lelaki berkenaan sering melawat kumpulan pengganas di luar negara.

Dia mengenal pasti ibunya sebagai individu 'berbahaya' kepada negara.

"Ahli perniagaan tersebut bagaimanapun menafikan dia memberi rasuah sebagai pertukaran dengan penahanan wanita terbabit.

"Pegawai terbabit juga mendakwa kononnya dia memenuhi tanggungjawab undang-undang dan tidak menerima sebarang bayaran untuk berbuat demikian," lapor akhbar itu lagi memetik kenyataan sumber tidak dinamakan. - Agensi

Artikel Berkaitan: