Polis buru dua individu larikan barangan masjid

Berdasarkan rakaman CCTV didapati kedua-dua suspek memasuki masjid dan mengambil barangan yang telah dilaporkan hilang.
Berdasarkan rakaman CCTV didapati kedua-dua suspek memasuki masjid dan mengambil barangan yang telah dilaporkan hilang.
A
A
A

MANJUNG - Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan dua individu termasuk seorang wanita yang terbabit dalam kejadian kecurian di Masjid Al Falah, Ayer Tawar semalam.

Ia susulan laporan diterima polis menyatakan beberapa barangan antaranya televisyen LCD 43 inci, kamera litar tertutup, kotak kipas dan penyedut hampagas bernilai lebih RM2,000 telah dicuri.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal menerusi rakaman CCTV mendapati seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an masuk ke masjid dan mengambil barangan berkenaan.

"Mereka datang ke masjid menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil berwarna silver pada jam kira-kira 1.15 pagi semalam.

"Berdasarkan rakaman CCTV, didapati kedua-dua suspek masuk dalam masjid dan mengambil barangan yang telah dilaporkan dicuri itu," katanya.

Menurutnya, polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan kedua-dua suspek.

"Orang ramai diminta tampil sekiranya terdapat maklumat berkaitan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu melakukan jenayah curi di dalam bangunan," katanya.

Artikel Berkaitan: