Kedutaan asing di Australia terima bungkusan mencurigakan

Pasukan kecemasan menjalankan siasatan di sekitar lokasi konsulat India dan Perancis di Melbourne.- Foto Reuters
Pasukan kecemasan menjalankan siasatan di sekitar lokasi konsulat India dan Perancis di Melbourne.- Foto Reuters
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA. Pihak polis Australia sedang menyiasat bungkusan mencurigakan yang ditemui di beberapa kedutaan asing di Canberra dan Melbourne, lapor media tempatan hari ini.

Pasukan bomba Metropolitan Melbourne berkata, pihaknya dihubungi beberapa kali berhubung insiden tersebut di seluruh bandar.

Antara kedutaan yang menerima bungkusan mencurigakan tersebut termasuklah Britain, Switzerland, Amerika Syarikat (AS) Pakistan, India, Perancis dan Korea Selatan.

"Bungkusan terbabit sedang diteliti oleh pasukan perkhidmatan kecemasan dan situasi di sekitar lokasi insiden turut disiasat," kata Polis Persekutuan Australia.

Polis negeri Melbourne percaya insiden terbabit 'mempunyai sasaran khusus dan tidak menjejaskan komuniti.

"Kami berhubung rapat dengan AFP (Polis Persekutuan Australia) dan pihak berkuasa tempatan berkaitan situasi itu. Semua kakitangan kami selamat,” kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi British sambil mengesahkan, pejabatnya di Melbourne menerima bungkusan mencurigakan.

Sementara itu, konsulat Switzerland di Melbourne turut menerima bungkusan kecil berlabel 'asbestos' yang kemudian segera dihantar kepada pasukan perkhidmatan kecemasan. - AFP

Artikel Berkaitan: