'Kalau pemimpin tak guna, macam mana dunia nak beli produk kita'

Perkongsian Bront Palarae yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi kini tular di media sosial yang meraih 2,300 ulang kicau dan 1,900 tanda suka.
Perkongsian Bront Palarae yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi kini tular di media sosial yang meraih 2,300 ulang kicau dan 1,900 tanda suka.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon terkenal, Bront Palarae membangkitkan persoalan bahawa penggunaan kenderaan mewah oleh kerajaan hanya akan memberi kesan terhadap keyakinan pihak luar ke atas kenderaan nasional.

Perkara tersebut dikongsikan Bront Palarae menerusi akuan rasmi Twitternya memberitahu perkara tersebut hanya akan menyebabkan masyarakat luar tidak yakin untuk membeli kereta buatan Malaysia sekiranya pihak atasan sendiri tidak menggunakannya.

"Kalau orang-orang terhormat kita sendiri tak nak guna kereta nasional, jadi macam mana kita nak meyakinkan orang luar untuk membeli.

"Jika ini dilakukan untuk menguatkan hubungan diplomatik, bermakna ratusan kereta jenis Perodua juga perlu digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan Jepun," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Janji niaga itu akan menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

Pelantikan syarikat baharu itu berikutan kontrak Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai pengendali rangkaian kenderaan kerajaan tamat hujung tahun 2019.

Bagaimanapun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung pemberian kontrak kenderaan mewah itu.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen yang memberi sokongan dan bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut.
Antara reaksi netizen yang memberi sokongan dan bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut.

Dalam pada itu, perkongsian Bront Palarae yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi kini tular di media sosial yang meraih 2,300 ulang kicau dan 1,900 tanda suka dan rata-rata netizen memberi sokongan dan bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut.

Bagi netizen, keputusan kerajaan ingin mengambil kenderaan mewah untuk kegunaan menteri dan pegawai kanan kerajaan disifatkan sebagai tidak masuk akal terutamanya dalam situasi ekonomi negara tidak menentu.

"Saya setuju seperti mana Kedutaan Sweeden melakukan perkara tersebut di Malaysia. Semuanya diimport dari Sweden. Volvo untuk kenderaan rasmi mereka manakala Electrolux untuk peralatan mereka dan Ikea perabot mereka. Kenapa Malaysia tak boleh melakukan perkara sama?" tulis @ayuniafiqahh di Twitter.