X

Kindly register in order to view this article
!

M Daud Kilau makin sembuh, sudah mampu berjemaah di masjid

M Daud Kilau kini sudah semakin pulih, mampu berjalan dan menunaikan solat berjemaah di masjid.
A
A

PENGHIBUR terkenal dengan gelaran Raja Gelek Malaysia, Datuk Muhammad Daud Kilau atau lebih dikenali M Daud Kilau yang sebelum ini dikhabarkan sakit semakin pulih dan mampu berjalan semula.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh Perak Gazzete di laman Facebook milik mereka selepas M Daud Kilau, 82, menerima kunjungan peminat di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, di sini baru-baru ini.

Pelantun lagu Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu dilihat tetap bersemangat dan kini sudah mampu untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid.

"Selepas menerima pelbagai rawatan, penyakit yang saya hadapi seperti penyakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang kini mula beransur sembuh.

"Saya berharap dan sentiasa berdoa agar penyakit dan kesihatan saya semakin sembuh supaya saya dapat menjalani solat saya dengan sempurna dan boleh berjalan seperti biasa, "katanya.

Peminat-peminat merakamkan gambar kenangan bersama M Daud Kilau selepas melawat rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, di sini baru-baru ini.
Peminat-peminat merakamkan gambar kenangan bersama M Daud Kilau selepas melawat rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, M Daud Kilau terharu menerima kunjungan daripada 30 peminatnya yang datang dari Tapah bagi melihat keadaan terkini penyanyi kesayangan mereka di samping memberikan bantuan.

"Saya bersyukur kerana ada peminat yang datang melihat diri saya. Sebak rasanya dengan kehadiran mereka yang tak pernah lupakan saya.

"Malahan mereka sentiasa mendoakan diri saya agar cepat sembuh. Kehadiran mereka ini saya merasakan macam penyakit berpisah sekejap dari diri saya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus