Chelsea perlu kerja keras perbaiki prestasi

Lampard akui Chelsea menampilkan prestasi tidak konsisten dalam beberapa perlawanan lalu.
Lampard akui Chelsea menampilkan prestasi tidak konsisten dalam beberapa perlawanan lalu.
A
A
A
PENGURUS Chelsea, Frank Lampard berazam untuk memperbaiki rentak permainan pasukannya di sebalik prestasi tidak menentu The Blues dalam empat perlawanan sebelum ini.

Beliau menyifatkan keputusan diraih menunjukkan kebaikan dan keburukan pasukannya dan mereka perlu kerja keras bagi mengharungi pusingan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Kita ada tugas perlu dilakukan. Tempoh Krismas merupakan sebahagian daripada musim kami. Persembahan (menentang) Tottenham cukup hebat. Di Arsenal, kami mempamerkan semangat juang manakala (bertemu) Southampton kami bergelut untuk menang sehingga tewas di laman sendiri.

"Hari ini (semalam) daripada satu pemikiran yang kami sepatutnya menang dengan deretan peluang pada babak pertama tetapi kami gagal melakukannya.

"Ia menunjukkan kebaikan dan keburukan kami. Kami perlu merendah diri dan bekerja keras. Kami memperoleh dua keputusan hebat pada Krismas tetapi banyak kerja perlu dilakukan," katanya.
Artikel Berkaitan:


Chelsea sekadar mengutip satu mata ketika menentang Brighton and Hove Albion di gelanggang lawan semalam walaupun mendahului seawal minit ke-10 hasil jaringan Cesar Azpilicueta.

Berbaki enam minit permainan, tuan rumah berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Alireza Jahanbakhsh, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1.

Skuad bimbingan Lampard sebelum ini tewas 0-2 kepada Southampton di gelanggang sendiri sebelum bangkit menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Emirates minggu lalu.