Tangguh perjalanan ke kawasan kebakaran di Australia: Wisma Putra

Foto AFP
Foto AFP
A
A
A

PUTRAJAYA - Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya menunda perjalanan tidak perlu ke kawasan yang terjejas akibat kebakaran belukar di Australia sehingga keadaan bertambah baik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, nasihat ini dikeluarkan berikutan pengumuman darurat tujuh hari oleh pihak berkuasa New South Wales bermula 3 Januari kerana kebakaran hutan itu menjejaskan banyak kawasan di Australia, terutamanya di pantai timur negara itu.

Selain daripada New South Wales, kawasan lain yang terjejas teruk termasuk Victoria dan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong di Australia diarah kosongkan pantai

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan yang terjejas itu supaya mengutamakan keselamatan mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan wilayah.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Pejabat Konsulat Malaysia di Melbourne atau Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney. - Bernama

Artikel Berkaitan: