Caj parkir di Teluk Chempedak, Terminal Sentral Kuantan naik

Caj letak kenderaan di Teluk Chempedak akan dinaikan sebanyak 40 sen bermula hari ini.
Caj letak kenderaan di Teluk Chempedak akan dinaikan sebanyak 40 sen bermula hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Caj tempat letak kenderaan seliaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Teluk Chempedak dan Terminal Sentral Kuantan (TSK) dinaikkan sebanyak 10 sen hingga 40 sen bermula hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, kenaikan itu selaras dengan semakan kepada kadar semasa.

Menurutnya, caj parkir di Teluk Chempedak ialah RM2.50 sehari berbanding sebelum ini ialah RM2.10 manakala di TSK pula dikenakan caj yang dikenakan ialah RM1.20 sehari berbanding sebelumnya RM1.10.

"Caj tempat kereta wajar dinaikkan kerana kadar lama itu diguna pakai sejak tahun 2012 lagi dan masih rendah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Kelmarin tular di laman sosial Facebook Warga Kuantan mengenai kenaikan caj tempat letak kenderaan di Teluk Chempedak yang berkuat kuasa hari ini.

Lebih 300 komen daripada warga Kuantan yang tidak bersetuju dengan kenaikan caj terbabit kerana kawasan itu tidak dinaiktaraf seperti sepatutnya.

Status yang tular dalam Facebook mengenai kenaikan harga tempat letak kenderaan di Teluk Chempedak yang akan berkuat kuasa hari ini.
Status yang tular dalam Facebook mengenai kenaikan harga tempat letak kenderaan di Teluk Chempedak yang akan berkuat kuasa hari ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan parkir yang tidak sempurna itu mengundang rasa tidak puas hati pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Bagi pengunjung, Azamalia Rashid, 38, MPK perlu menambah baik tempat letak kenderaan bagi keselesaan pengguna sebelum menaikkan caj terbabit.

"Kalau caj naik tapi kawasannya masih sama memang tidak berbaloi. Kenaikan caj perlu selaras dengan kenaikan kadar itu. Jadi, kawasan ini perlu ditambah baik," katanya.

Azman Ali, 54, juga tidak bersetuju dengan pelaksanaan caj baharu tempat letak kenderaan di Teluk Chempedak kerana ia tidak diselia dengan baik.

"Pihak MPK datang ke tempat letak kenderaan ini untuk melihat sendiri banyak lopak dan air bertakung di sini," katanya.