Bugs Bunny, Big Brown ceriakan SK Tanggol

Murid-murid bersalam dengan maskot dan guru yang menyambut kehadiran mereka pada hari pertama persekolahan.
Murid-murid bersalam dengan maskot dan guru yang menyambut kehadiran mereka pada hari pertama persekolahan.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kehadiran murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanggol, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2020 semalam disambut berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Guru Besar SK Tanggol, M Ramzi Salleh berkata, idea membawa Bugs Bunny dan Bear Kawai Big Brown pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini dicetuskan Jawatankuasa Guru Penyayang di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling.

"Murid-murid nampak teruja, seronok, gembira dan terkejut bila masuk ke kawasan sekolah kerana program ini kali pertama diadakan di sini.

"Alhamdulillah, murid tahun satu seramai 19 orang melibatkan tujuh lelaki dan 12 perempuan juga tiada yang menangis pada hari pertama. SK Tanggol mempunyai 153 murid pada tahun ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Murid-murid ceria bergambar dengan maskot Bugs Bunny dan Bear Kawai Big Brown.
Murid-murid ceria bergambar dengan maskot Bugs Bunny dan Bear Kawai Big Brown.

Semalam, Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Hal Ehwal Murid (Hem) SK Tanggol turut melancarkan Program ‘Jom Ke Sekolah 2020’ dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan murid sekolah.

Program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bertujuan menggalakkan kehadiran murid ke sekolah, mengelak gejala ponteng dan mencegah murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah atau tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

M Ramzi berkata, program ini juga bermatlamat mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama mantap antara sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Romejan Mat Ail dari Bahagian Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu yang turut hadir untuk menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ia juga mampu menyemai sikap menghargai masa murid, meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan mencapai ETR kehadiran sekolah iaitu 95 peratus," katanya.

Program Jom Ke Sekolah 2020 turut dilancarkan pada hari pertama persekolahan.
Program Jom Ke Sekolah 2020 turut dilancarkan pada hari pertama persekolahan.