53 pelajar tercicir persekolahan diberi peluang kedua

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin menyerahkan surat tawaran bersekolah semula kepada pelajar di Dewan Sekolah Menengah Derma.
Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin menyerahkan surat tawaran bersekolah semula kepada pelajar di Dewan Sekolah Menengah Derma.
A
A
A

KANGAR - Seramai 53 pelajar sekolah menengah di negeri ini yang tercicir diberi peluang kedua bagi meneruskan persekolahan mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata, selain faktor kemiskinan terdapat juga pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng dan pertukaran aliran dari maahad tahfiz ke sekolah awam.

"Sejak tahun 2018 kita dah bantu seramai 273 pelajar untuk kembali ke sekolah dan ini satu jumlah yang agak besar.

Pelajar yang diberi peluang kedua ini terdiri daripada 13 perempuan dan 40 lelaki," katanya pada sidang media selepas Program Sifar Murid Cicir (PSMC) 2020 di sini hari ini.

Menurut Izmi, sejak PSMC dilaksanakan pihaknya banyak membantu mereka yang mahu ke sekolah namun tidak mengetahui prosedur permohonan rayuan.

Pelajar, Mohd Hadif Iqbal Nadziman, 17, mengakui bersyukur dengan peluang yang diperoleh itu.

"Sebelum ini saya terlibat dengan masalah ponteng ketika di Tingkatan Empat. Saya gembira kerana masih boleh meneruskan persekolahan," katanya.

Artikel Berkaitan: