Zambry kecewa pelaksanaan pulau bebas cukai di Pangkor

Pelaksanaan PBC Pangkor yang dilihat terburu-buru dikhuatiri akan menyulitkan pelancong dan penduduk. Gambar kecil: Zambry
Pelaksanaan PBC Pangkor yang dilihat terburu-buru dikhuatiri akan menyulitkan pelancong dan penduduk. Gambar kecil: Zambry
A
A
A

LUMUT - Pelaksanaan pulau bebas cukai (PBC) di Pulau Pangkor yang bermula semalam nyata tidak menggembirakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yang mencetuskan idea Pulau Pangkor dijadikan sebagai PBC kecewa kerana pelaksanaannya tidak seperti yang diharapkan seperti sebelum ini.

Menurutnya, pelaksanaan PBC dibuat tanpa persediaan yang teliti terutama dari sudut fasiliti di pulau tersebut.

"Saya kecewa kerana idea ini sepatutnya dibincangkan secara mendalam, tidak terlalu tergesa-gesa untuk melaksanakannya dengan idea baharu. Pelaksanaan PBC tidak seperti PBC lain.

"Prasarana yang perlu digunakan sepatutnya disiapkan dahulu dan membuat perancangan lebih terperinci. Kita tak boleh terus laksanakan tanpa persiapan awal terutama prasarana," katanya kepada Sinar Harian sebagai mengulas mengenai pelaksanaan Pulau Pangkor sebagai PBC bermula 1 Januari 2020.

Zambry berkata, Pulau Pangkor sepatutnya dijadikan sebagai PBC mesra keluarga, bukan menjadi seperti mana Pulau Langkawi dan tempat-tempat lain kerana Pulau Pangkor terlalu hampir dengan daratan.

Katanya, disebabkan itu juga di peringkat awal barangan seperti minuman keras, rokok dan kenderaan dikecualikan daripada senarai bebas cukai kerana keadaan pulau yang kecil selain membendung aktiviti penyeludupan.

"Sejak kerajaan bertukar, soal nak dapatkan pandangan daripada saya sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea itu tak ada langsung secara rasmi.

Artikel Berkaitan:

"Saluran yang ada untuk saya memberikan pandangan secara rasmi hanyalah di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Zambry berkata, pelaksanaan PBC Pangkor yang dilihat terburu-buru dikhuatiri akan menyulitkan pelancong dan penduduk.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Dewan Negara sahkan kenyataan arak bebas cukai di Pangkor