94,244 murid Tahun Satu mula bersekolah di Selangor

Gelagat murid di SK Shah Alam sewaktu hari pertama persekolahan hari ini.
Gelagat murid di SK Shah Alam sewaktu hari pertama persekolahan hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 94,244 murid Tahun Satu membabitkan 633 sekolah di seluruh Selangor memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2020 hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Radzi Abdullah berkata, daripada jumlah itu, daerah Petaling Perdana merekodkan jumlah murid tertinggi iaitu 19,717 orang.

Menurutnya, daerah Sabak Bernam pula merekodkan jumlah terendah iaitu seramai 1,650 murid.

"Secara keseluruhan Petaling Perdana mencatatkan jumlah murid Tahun Satu tertinggi diikuti Hulu Langat iaitu 17,937 dan Gombak seramai 12,657," katanya.

Tinjauan Sinar Harian di Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Seksyen 16 di sini mendapati sesi pendaftaran berjalan lancar.

Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd Amin Bahari berkata, sekolah itu merekodkan peningkatan 132 murid Tahun Satu tahun ini.

"Peningkatan ini mungkin atas faktor hanya sekolah ini di Shah Alam yang mempunyai sesi persekolahan pagi dan ibu bapa kini lebih cenderung memilih sesi persekolahan pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Murid Tahun Satu di SK Shah Alam memulakan sesi persekolahan hari ini
Murid Tahun Satu di SK Shah Alam memulakan sesi persekolahan hari ini

Info murid Tahun Satu di seluruh negeri Selangor:

Gombak - 12,657

Hulu Langat - 17,937

Hulu Selangor - 3,955

Klang - 15,993

Kuala Langat - 4,825

Kuala Selangor - 4,857

Petaling Perdana - 19,717

Petaling Utama - 7,683

Sabak Bernam - 1,650

Sepang - 5,060