X

Kindly register in order to view this article
!

Bank Rakyat tutup subsidiari, fokus perkhidmatan kewangan

Penutupan Rakyat Holdings tidak melibatkan pemberhentian sebarang pekerja.
A
A

BANK Rakyat mengambil keputusan menutup operasi subsidiarinya, Rakyat Holdings bagi memberi keutamaan kepada perkhidmatan kewangan bank berkenaan.

Anak syarikat milik Rakyat Holdings ialah Rakyat Travel, Rakyat Hartanah, Rakyat Asset Management, Rakyat Niaga dan Rakyat Facility Management.

Bagaimanapun, Bank Rakyat yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) memaklumkan tiada sebarang pemberhentian warga kerja dilakukan berhubung tindakan berkenaan.

“Kesemua warga kerja subsidiari tersebut diserapkan untuk berkhidmat di Bank Rakyat bermula 15 Disember 2019 mengikut kelayakan serta kemahiran mereka,” kata Bank Rakyat dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Bank Rakyat menjelaskan, dari aspek kedudukan kewangan pula, sehingga berakhir 30 September 2019, bank itu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.29 bilion, meningkat 4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Pembayaran kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir Disember 2019 akan dibayar dengan kadar yang kompetitif pada akhir suku pertama 2020,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!