Kambing biri-biri berbaris seperti tentera

Lebih 400 kambing biri-biri tersebut pulang ke rumah pemiliknya dalam keadaan berbaris seperti tentera.
Lebih 400 kambing biri-biri tersebut pulang ke rumah pemiliknya dalam keadaan berbaris seperti tentera.
A
A
A

BEIJING - Sekumpulan kambing biri-biri yang bergerak secara teratur di China mendapat pelbagai reaksi mengagumkan daripada pengguna media sosial.

Rakaman video itu menunjukkan lebih 400 haiwan tersebut berbaris seperti tentera terlatih ketika kembali daripada meragut rumput di timur laut negara itu.

Menurut pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Nie, 24, hanya kambing biri-biri kepunyaannya mempunyai kelebihan seperti itu.

"Setiap hari, kesemua haiwan terbabit akan berbaris apabila pulang ke rumah. Setiap barisan itu mempunyai 'ketua' dan yang lain akan mengikutnya," kata Nie yang tinggal di Qiqihar di wilayah Heilongjiang berhampiran sempadan Rusia kepada People's Daily.

Klip dalam tiga kejadian berasingan yang dimuat naik oleh Nie dalam aplikasi video pendek, Kuaishou itu telah ditonton hampir 6.5 juta kali.

Jelasnya, pergerakan kawanan kambing biri-biri itu nampak teratur kerana terdapat parit pada kawasan padang itu yang memudahkan kesemuanya berjalan di dalamnya.

"Setiap kambing biri-biri tersebut mempunyai nama. Ia akan datang kepada saya setiap kali saya memanggil nama masing-masing," ujarnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: