X

Kindly register in order to view this article
!

Greenwood beri impak positif kepada serangan United

Solskjaer akui kehadiran Greenwood memberikan impak positif kepada bahagian serangan The Reds Devils selepas ketiadaan Lukaku.
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kehadiran Mason Greenwood memberikan impak positif kepada bahagian serangan The Reds Devils yang cukup terkesan selepas ketiadaan Romelu Lukaku.

Menurut Solskjaer, Greenwood dalam beberapa perlawanan terakhir ini membantu The Red Devils menutup kelompangan yang ditinggalkan penyerang Belgium berkenaan.

“Kami selalu percaya bahawa Anthony (Martial) dan Marcus (Rashford) akan menjaringkan lebih banyak gol. Tapi secara jujur kehadiran Mason (Greenwood) berjaya memberi impak lebih positif kepada serangan Manchester United.

“Saya tidak lagi bimbang mengenai gol-gol daripada penyerang bahagian tengah. Mason sekarang telah menjaringkan lapan gol, Marcus dan Anthony pula menjaringkan lebih banyak gol.

“Romelu Lukaku seorang penyerang yang bagus dan dia kerap menjaring lebih banyak gol ketika bersama Manchester United tapi tiba masanya untuk dia meneruskan karier bola sepaknya. Biarpun tidak menemui pengganti Lukaku, namun kami berbangga kerana memiliki Mason Greenwood,” kata Solskjaer.

The Red Devils tidak merekrut pengganti Lukaku setelah pemain itu memilih menyertai Inter Milan, sebaliknya Solskjaer memilih memberi peluang kepada Greenwood produk akademi kelab itu.

Greenwood yang berusia 18 tahun itu kemudian membalas kepercayaan Solskjaer dengan menyumbang lapan gol dalam semua pertandingan.

Lukaku menyumbang 42 gol dalam 96 penampilan selama dua musim di Old Trafford dan turut membantu kelab itu mengakhiri saingan 2017/18 kedua terbaik.

Mason Greenwood
Mason Greenwood


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus