X

Kindly register in order to view this article
!

Larangan merokok 2020 nyata lebih 'garang'

Gambar hiasan
A
A

SEBAIK kerajaan melalui Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan seluruh Malaysia bermula tahun 2020, dua pelancong Mesir dan Singapura telahpun disaman.

Kedua-dua pelancong itu merupakan tiga perokok dan dua penghisap vape yang diberikan notis saman pada operasi hari pertama larangan merokok di dalam premis makanan di Johor Bahru, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Johor itu, seorang pelancong Mesir dilihat terkejut apabila didatangi dua pegawai kesihatan dan persekitaran daerah yang menegur perbuatannya merokok di dalam sebuah restoran di Dataran Larkin.

Pelancong lelaki berusia 25 tahun yang sudah hampir tiga minggu bercuti di negara ini, mendakwa tidak tahu mengenai larangan merokok dalam premis bermula semalam walaupun terdapat beberapa poster larangan merokok di restoran berkenaan.

Nampak kali ini penguatkuasaan benar-benar efektif dan tampil 'garang'.

Jika ia dijalankan secara konsisten, tidak mustahil Malaysia boleh menjadi bersih dan sihat seperti negara jiran, Singapura.

Kementerian Kesihatan perlu istiqomah membasmi budaya tidak sihat yang telah menjadi amalan kebanyakan warga Malaysia.

Secara tidak langsung larangan ini boleh membentuk disiplin diri perokok dan membaiki imej perokok yang lebih budiman melalui kadar saman ditetapkan.

Mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM250, namun boleh dikurangkan ke RM150, jika denda itu dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Namun jika ingkar, pesalah boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000.

Tindakan saman adalah betul asalkan premis makanan juga wajib mempanerkan dengan jelas larangan tersebut terutamanya membabitkan pelancong kerana mereka akan pulang ke negara asal dan mempromosikan negara kepada dunia.

Dari sudut positif inilah masa terbaik golongan perokok dan melihat larangan ini untuk membuka lembaran baru tahun baru seiring saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2020 sebagai misi nasional.

Beliau mahu pelancong yang datang di negara kita bercerita dan berkongsi mengenai kecantikan, keamanan dan keindahan negara ini.

Setiap warganegara ada peranan yang perlu dimainkan untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di mana kerajaan akan memastikan kempen itu akan menjadi pemangkin untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!