Kegembiraan berganda sambut bayi tahun baru

Dr Daud (dua dari kanan) bersama bayi tahun baru dan turut menyampaikan hamper kepada penerima di Wad Ibu dan anak di HTAA hari ini.
Dr Daud (dua dari kanan) bersama bayi tahun baru dan turut menyampaikan hamper kepada penerima di Wad Ibu dan anak di HTAA hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Tahun baru 2020 lebih bererti kepada pasangan suami isteri yang menyambut kelahiran anak mereka tepat pada 1 Januari.

Bagi Nur Sharnini Ibrahim, 25, dia tidak menyangka akan melahirkan puteri sulung puteri sulungnya seberat 2.5 kilogram pada sambutan tahun baru di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Semalam saya telah menjalankan pemeriksaan di klinik kesihatan dan doktor memaklumkan saya perlu segera ke hospital.

"Saya kemudian terus ke HTAA untuk menjalani pemeriksaan dan kira-kira jam 5.26 pagi, saya selamat bersalin. Memang gembira kerana dapat sambut bayi ini pada tahun baru. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan," katanya ketika ditemui di Wad Ibu dan anak di HTAA hari ini.

Bagaimanapun katanya, nama anak itu masih belum difikirkan buat masa ini.

Nur Sharnini teruja dengan kehadiran orang baru.
Nur Sharnini teruja dengan kehadiran orang baru.

Sementara itu, Nor Zatul Syamila Mohd Noor,29, berkata, kedatangan tahun baru 2020 membawa kegembiraan buat dirinya.

Dia melahirkan bayi perempuan pada jam 8.05 pagi iaitu tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Artikel Berkaitan:

Bayi seberat 2.5 kilogram itu adalah anak kedua dan sebelum ini sudah memiliki seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Nor Zatul Syamila berkata, dia tidak menjangka bayinya akan dilahirkan pada pagi tahun baru kerana tarikh bersalin yang diberikan doktor ialah pada 26 Januari ini.

"Saya masih dalam 'mood' terkejut dengan kelahiran awal ini dan tidak semua orang dapat peluang seperti ini. Ia akan menjadi memori terindah dalam hidup anak saya. Alhamdulillah bayi yang dilahirkan sempurna sifat dan sihat," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pengarah Perubatan II HTAA, Datuk Dr Daud Othman berkata, sehingga jam tiga petang tadi, pihaknya menyambut 11 kelahiran bayi tahun baharu.

"Alhamdulillah kami sangat berbangga dengan ibu dan bayi masing-masing kerana tarikh ini sangat dinantikan rakyat Malaysia," katanya.