Putih 'tampar' ular tedung

Putih dianggap hero kerana berjaya menyelamatkan keluarga Widarti.
Putih dianggap hero kerana berjaya menyelamatkan keluarga Widarti.
A
A
A

MOJOKERTO - Rakaman video memaparkan seekor kucing berlawan dengan seekor ular tedung tular di laman sosial.

Memetik portal Tribun News, video berdurasi 3 minit itu dirakam seorang lelaki bernama Nurul Huda, 46, di Kampung Kepuhanyar, daerah Mojokerto.

Isterinya, Widarti, 43, berkata, baru-baru ini ada tiga ekor ular tedung yang cuba masuk ke dalam rumah mereka dan ular-ular tersebut kesemuanya masih kecil.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila kemunculan reptilia berbisa itu disedari awal oleh kucing mereka, Si Putih.

Dua ekor ular tedung berjaya dibunuh oleh Si Putih di halaman rumah, manakala seekor ular tedung lain berjaya melarikan diri dan masuk ke dalam sebuah lubang di bawah rumah mereka.

"Ya Putih memukul, menampar ular itu sampai masuk ke dalam lubang. Dua ekor ular lagi mati ada kesan gigitan di kepala," ujarnya.

Menurut Widarti lagi, pada awalnya dia membela kucing itu kerana anak-anaknya gemar bermain dengan kucing itu, namun dia tidak menyangka bahawa Si Putih telah menyelamatkan nyawa mereka sekeluarga.

"Saya tidak tahu dari mana ular itu datang tetapi mungkin dari sawah atau sungai," katanya.

Artikel Berkaitan: