Nenek terkilan, cucu dituduh punca api misteri

Televisyen milik keluarga terbakar oleh api misteri yang mengekori keluarga ini.
Televisyen milik keluarga terbakar oleh api misteri yang mengekori keluarga ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Nenek kepada gadis api misteri yang mengganggu keluarga di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan di sini terkilan kerana ada segelintir pihak mendakwa bahawa dia adalah punca berlaku kejadian itu.

Lebih menyedihkan Zainab Sulaiman, 82, apabila cucunya Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 21, turut menerima nasib yang sama apabila didakwa sengaja membakar rumah dan barangan mereka.

Katanya, mereka sendiri sudah buntu berikhtiar bagi menghentikan gangguan tersebut termasuk menemui pelbagai pengamal perubatan dari seluruh negara.

“Saya dan Fatihah kembali diganggu, kebakaran misteri itu selepas dua tahun tenang dan keadaan menjadi-jadi sejak tiga hari lalu sehingga terpaksa meminta bantuan bomba.

“Ada pelbagai dakwaan bermula kejadian pertama pada 2012 mengatakan api itu berpunca daripada saya dan Fatihah. Saya sangat sedih apabila kami dipandang serong sedangkan kami sendiri sudah penat berdepan gangguan ini,” katanya hari ini.

Ketika Sinar Harian bersiaran di rumah keluarga itu semalam, tiga kejadian kebakaran api misteri yang membakar dua sejadah dan satu kain di tiga bilik berasingan di rumah itu.

Ropeah (kiri) menunjukkan kesan kain yang terbakar di rumah baharu yang didiami keluarga itu.
Ropeah (kiri) menunjukkan kesan kain yang terbakar di rumah baharu yang didiami keluarga itu.

Kejadian kebakaran mencurigakan itu berlaku selang beberapa minit ketika gambar dirakam di bilik kedua dan kebakaran misteri pula berlaku di pertama kemudian di bilik ketiga.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sebelum ini bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah datang membantu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Api misteri kembali hantui 'gadis api'

"Api itu berhenti dan kini kami diganggu lagi sejak tiga hari lalu bermula dengan kebakaran sebuah motosikal di bawah rumah.

“Kami sekeluarga tidak lalu makan, tidak dapat tidur lena kerana selimut, tilam dan bantal terbakar. Bantuan daripada orang ramai baju dan tuala pun terbakar, saya pakai baju sama sejak semalam dan mandi pun tak dapat nak lap badan dengan sempurna sebab sudah tiada tuala,” katanya.

Mereka tinggal di rumah baharu itu bersama ibu Wan Nor Fatihah, Ropeah Zakaria, 52, abangnya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 23, dan adiknya Wan Nor Fatini, 19, sejak 2018 selepas rumah lama mereka yang terletak berdekatan hangus pada September 2017.

Zainab meminta masyarakat menghentikan tuduhan terhadap mereka sekeluarga kerana tertekan dengan keadaan itu.

Zainab yang sebak dan terkilan ketika meluahkan dia dan cucunya itu menjadi tanggapan buruk masyarakat terhadap kejadian yang menimpa mereka.
Zainab yang sebak dan terkilan ketika meluahkan dia dan cucunya itu menjadi tanggapan buruk masyarakat terhadap kejadian yang menimpa mereka.

“Kalau orang lain takut, kami lagi takut berdepan dengan api misteri ini. Saya sendiri pernah tidur dalam kereta selama seminggu untuk mengelak daripada api itu.

“Saya sudah semestinya mahukan yang baik-baik sahaja kepada keluarga ini, tak mungkin sendiri bakar barang dan rumah sendiri. Tiada orang yang mahu hidup dalam keadaan menghidu asap dan berdepan api tanpa mengira masa seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Nor Fatihah berkata, gangguan api misteri masih berlaku hari ini dan dikawal dengan menekup barangan yang terbakar dengan kain basah supaya tidak merebak.

Anggota polis juga dilihat memantau 24 jam di rumah berkenaan bagi memastikan keselamatan keluarga itu selain mengambil langkah berjaga-jaga kerana dikunjungi orang awam yang tidak dikenali sejak kejadian itu tular.