Bagi alasan tiada masa, tak mampu

Op Ambang Tahun Baru yang dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sekitar Banting malam tadi.
Op Ambang Tahun Baru yang dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sekitar Banting malam tadi.
A
A
A

BANTING - Pengguna jalan raya memberi alasan tidak masuk akal bagi mengelakkan disaman polis dalam operasi Op Ambang Tahun Baru di Kilometer 33 Jalan Klang-Banting dan pekan Banting malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, antara alasan yang diterima ialah tidak mampu, tiada masa dan belum cukup umur.

Bagaimanapun katanya, saman tetap dikenakan bagi mendidik mereka mengenai keutamaan ketika menggunakan kemudahan itu.

"Kesemua yang disaman berusia dalam lingkungan 17 hingga 25 tahun dan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu paling banyak direkodkan.

Menurutnya, polis turut mengeluarkan 101 saman membabitkan 33 kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan (15), cermin sisi (15), lampu brek (6), tidak menggunakan topi keledar (8) dan beberapa kesalahan lain.

Beliau berkata, seramai 160 individu diperiksa dalam operasi yang tamat pada jam 12.30 tengah malam itu.

Kamalariffin memberitahu, pada operasi sama sebanyak 150 kenderaan membabitkan 25 kereta, 120 motosikal dan lima pacuan empat roda diperiksa.

"Kita juga berjaya mengesan sebanyak 125 kesalahan utama dan memandu laju paling banyak direkodkan iaitu 121 kes manakal empat kes langgar lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Operasi bermula jam 8.30 malam itu dilaksanakan sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membabitkan empat pegawai dan 12 anggota.