Pasar Sentul terbakar: DBKL sedia tapak niaga sementara

Pasar Sentul yang terbakar malam tadi.
Pasar Sentul yang terbakar malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh sekurang-kurangnya setahun diperlukan untuk membangunkan semula Pasar Sentul yang terbakar malam tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya sedang menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca dan anggaran kerugian yang dijangka diketahui dalam tempoh tiga hari.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan tapak sementara kepada penjaja sehingga bangunan Pasar Sentul siap dibangunkan.

"Buat sementara waktu, DBKL tempatkan 15 peniaga yang terlibat di kawasan letak kereta belakang pasar dalam tempoh lima hari dari sekarang.

"DBKL juga akan memindahkan keseluruhan 150 penjaja lain di tanah kosong berdepan tapak pasar antara lapan bulan hingga setahun sementara pasar baharu dibina," katanya.

Dalam kejadian jam 9.30 malam tadi, 14 gerai menjual makan, kain, plastik dan barangan runcit musnah dalam kebakaran.

Bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan kebakaran di kawasan berkeluasan 2,000 kaki persegi itu.

Kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan: