Jangan salah guna nama saya, kata Mufti Perlis

MOHD ASRI
MOHD ASRI
A
A
A

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan pernah mengadakan perbincangan dengan sebuah platform membeli-belah dalam talian sebelum ini.

Menulis di Facebook rasminya, Mohd Asri berkata, beliau juga tidak maklum dengan aktiviti bersangkut-paut dengan platform tersebut.

"Jika ada mana-mana pihak bergambar dengan saya, itu sama sekali tidak bermaksud saya setuju dengan aktiviti mereka yang saya tidak tahu. Harap pihak berkaitan tidak menyalahgunakan nama saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu kenyataan di Facebook yang mengaitkan dirinya dengan sistem bonus platform aplikasi itu.

Kenyataan Mohd Asri itu turut disertakan tangkap layar keratan kenyataan dari laman Facebook platform tersebut bertarikh 14 Disember 2019.

Kenyataan itu mendakwa, mereka telah pun berjumpa dengan Mufti Perlis termasuk Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan untuk tahap keyakinan diri mereka.

Artikel Berkaitan: