X

Kindly register in order to view this article
!

GRO tema merah berahi diberkas

Antara wanita warga asing disyaki GRO yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor malam tadi.
A
A

PUCHONG - Sebuah pusat hiburan di Bandar Kinrara di sini yang menjadikan gadis pelayan pelanggan (GRO) sebagai 'modal' menarik pelanggan diserbu sepasukan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor dalam operasi Ops Noda Ambang Tahun Baru.

Gadis yang berpakaian berahi dengan tema merah itu menjadi teman berhibur pada malam tahun baru.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, polis menahan 61 individu termasuk 37 wanita warga asing disyaki GRO pada serbuan tengah malam tadi.

Menurutnya, polis turut menahan penjaga premis, penjaga kaunter serta pekerja premis.

"Semakan awal mendapati GRO terdiri daripada 32 warga Vietnam, masing-masing dua dari China dan India dan seorang dari Laos. Mereka dipercayai mampu meraih pendapatan sehingga RM2,000 satu malam," katanya.

Sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor diserbu polis dalam Ops Noda malam tadi.
Sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor diserbu polis dalam Ops Noda malam tadi.

"Ketika serbuan, kebanyakan GRO ini sedang leka melayan pelanggan berhibur di beberapa bilik karaoke. Bagaimanapun, menyedari kehadiran polis, mereka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di ruangan khas di tingkat tiga premis," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azmi berkata, tindakan wanita itu sia-sia selepas pihaknya berjaya mengesan tempat persembunyian tersebut kira-kira 30 minit kemudian.

Beliau memberitahu, pemeriksaan mendapati ada di antara wanita itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

Selain itu katanya, operasi yang turut disertai Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang mengesan 45 individu membabitkan 30 pengunjung, 13 GRO dan dua pekerja bar terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.