X

Kindly register in order to view this article
!

'Sudah tahun 2020, helah pun futuristik'

Paparan Twitter Dr Nur Amalina menciap status Dr Rafidah Abdullah yang menegaskan jangan percaya kepada alat tersebut sebelum memuat naik di Twitternya.
A
A

KEBELAKANGAN ini, nama Dr Nur Amalina Bakri menjadi sebutan pengguna media sosial susulan sering aktif berkongsi ilmu kesihatan kepada orang ramai.

Beliau percaya masih ramai masyarakat yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang kesihatan untuk menilai sama ada paparan berita benar atau sebaliknya.

Terbaharu, menerusi akaun Twitter @DrAmalinaBakri, beliau yang mempunyai 472,300 pengikut tampil memberi reaksi berhubung satu produk peranti 'headphone' kurang kadar gula yang mensasarkan pesakit diabetes.

Terdahulu, Dr Nur Amalina kongsi status Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah yang menegaskan jangan percaya kepada alat tersebut.

Malah Dr Nur Amalina juga mempersoalkan masih ramai rakyat negara ini mempercayai produk tersebut.

Ciapan Twitter Dr Rafidah Abdullah
Ciapan Twitter Dr Rafidah Abdullah

"Ada juga percaya? Aduh," katanya.

Menerusi status Dr Rafidah, Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan hentian jualan peranti 'headphone' kurang kadar gula yang didakwa boleh mengurangkan dan mengawal kadar gula serta darah.

Perkongsian Dr Nur Amalina menarik perhatian netizen yang menyifatkan ia adalah lawak penutup tahun 2019.

"Mungkin kalau pakai 'headphone' tu dengar audio ulang banyak kali 'jangan minum air manis, jagalah pemakanan, jangan makan berminyak, sila makan dalam kuantiti suku-suku separuh', mungkin, mungkin la tapi... " ujar @Assygeen.

Kata @Sunil, "Malaysia ni semua benda percaya tapi bila doktor bagitau nasihat tak nak percaya... "

Ada netizen berseloroh, sudah memasuki tahun 2020, pihak syarikat terbabit juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta produk futuristik.

@Muhamadfazrin pula tulis, "Dah nak tahun 2020, helah mereka pun agak futuristik juga."

"Lepas ini, nak buat getah rambut yang boleh hilang gout, kolestrol tinggi, kanser, dan 128 jenis penyakit yang lain," kata @herneizuani yang turut memberi 'idea' kepada individu yang mahu mulakan perniagaan dalam produk kesihatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus