Mayat bayi ditemui berhampiran masjid

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SERIAN - Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut dengan kain putih ditemui orang awam berhampiran Masjid Muara Mongkos di sini, semalam.

Ketua Polis Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas polis menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada 8 pagi,

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan gigitan haiwan pada bahagian lengan dan pinggang mayat bayi itu.

"Pihak forensik juga dipanggil untuk menjalankan siasatan.

"Bedah siasat akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian dengan membuang mayat secara sulit.- Bernama

Artikel Berkaitan: