PH ada peluang di Kimanis

Mahfuz (tiga dari kanan) melihat maskot ultraman yang dibawanya menceriakan murid-murid pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Taman Awana hari ini.
Mahfuz (tiga dari kanan) melihat maskot ultraman yang dibawanya menceriakan murid-murid pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Taman Awana hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) berpeluang menawan Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Januari ini walaupun kawasan tersebut adalah kubu kuat UMNO.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata ia berikutan kemenangan diraih PH pada PRK Sandakan melalui Vivian Wong Shir Yee Mei tahun lalu.

"PRK Sandakan mampu menjadi petunjuk kepada PH. Rakyat Sabah berbeza dengan rakyat di Semenanjung. Sentimen Sabahan mereka sangat tinggi. Keadaan politik juga berbeza.

"Rasanya tiada masalah. Saya percaya Parti Warisan Sabah (Warisan) mampu selepas satu tahun lapan bulan ini dengan memberikan pembaharuan di Sabah

"Saya akan turun membantu berkempen di sana pada 10 Januari ini," katanya kepada media selepas Majlis Meraikan Pelajar Tahun Satu dan Waris di Sekolah Kebangsaan Awana hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau berharap kemenangan akan berpihak kepada PH seperti kejayaan yang diraih pada PRK Sandakan.

Semalam, media melaporkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, jentera parti itu juga akan digerakkan bermula pada hari penamaan calon dan akan bersama-sama jentera parti komponen PH yang lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada pada 4 dan 14 Januari.

Artikel Berkaitan:

Pada 16 Oktober lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu melalui hakim Lee Heng Cheong mengisytiharkan kemenangan Anifah sebagai tidak sah dan terbatal.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi menewaskan calon Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).