Sila log masuk terlebih dahulu.

Kutuk tindakan anjur kembali pertandingan karikatur Nabi Muhammad

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini menzahirkan kebimbangan berhubung tindakan terbaru ahli Parlimen Belanda yang juga pemimpin Party of Freedom (PVV), Geert Wilders yang menganjurkan kembali pertandingan karikatur Nabi Muhammad SAW walaupun tindakannya yang sama sebelum ini mendapat tentangan dan kutukan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dikutuk kerana tidak wajar, berniat jahat dan hanya akan menimbulkan ketidakharmonian dan kebencian.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia menyeru semua individu dan organisasi yang cintakan keamanan supaya menolak tindakan itu.

Malaysia berpegang kepada kebebasan bersuara sebagai asas hak asasi manusia namun tegas Wisma Putra, tindakan merendahkan dan mencemarkan Nabi Muhammad SAW yang suci melangkaui skop hak tersebut.

“Ia adalah satu provokasi terhadap Islam dan penganutnya yang lebih satu bilion di seluruh dunia. Ini sudah tentu suatu yang mengaibkan dan tidak boleh diterima,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra menjelaskan, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etnik dan agama akan terus menggalak dan mengekalkan hubungan yang harmoni bukan sahaja dalam kalangan rakyatnya yang berbeza agama dan kepercayaan tetapi dalam konteks komuniti global yang pelbagai. - Bernama

Artikel Berkaitan: