Kerajaan Pahang bukti mampu berdikari

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang berjaya membuktikan negeri itu bukan sahaja mampu berdikari menjadi negeri pembangkang malah berjaya meletakkan ekonominya dalam keadaan stabil.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata mengakui sebagai pembangkang, hubungan dengan kerajaan Persekutuan sedikit sebanyak memberi kesan cukup besar kepada kerajaan negeri.

“Hasil kerjasama yang ditunjukkan itu, sepanjang 2019 kerajaan telah berjaya membuktikan negeri itu bukan sahaja mampu berdikari malah berjaya meletakkan ekonominya dalam keadaan stabil.

"Ini semua usaha yang telah dicurahkan oleh rakyat di negeri Pahang menerusi bakti dan keringat mereka," katanya ketika memetik ucapan dalam video yang disiarkan dalam laman sosial Facebook kerajaan Pahang hari ini.

Beliau berkata, walaupun Pahang adalah negeri pembangkang namun kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM2.410 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Pahang di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Katanya, selain itu, Pahang turut menerima kemasukan pelabur dari China dengan nilai pelaburan RM1.386 bilion selepas termeterai memorandum persefahaman (MoU) antara enam buah syarikat negara terbabit September lalu.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, beliau berdoa agar tahun hadapan dapat membawa rahmat dan menjadikan diri, keluarga, masyarakat serta kerajaan Pahang ke arah lebih baik.

Artikel Berkaitan: