Penjawat awam kantoi ambil dadah

Seorang penjawat awam antara 24 individu ditahan AADK dalam serbuan di port penagihan dadah di Kampung Kuala Sala kira-kira jam 8 pagi semalam.
Seorang penjawat awam antara 24 individu ditahan AADK dalam serbuan di port penagihan dadah di Kampung Kuala Sala kira-kira jam 8 pagi semalam.
A
A
A

YAN - Seorang penjawat awam antara 24 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan di port penagihan dadah di Kampung Kuala Sala kira-kira jam 8 pagi semalam.

Ketua AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, penjawat awam berusia 30-an itu belum sempat menanggalkan tanda nama tanpa segan silu masuk ke kawasan port terbabit semasa waktu rehat bekerja.

Menurut Mohamad Ramli, lelaki itu mengaku terlibat dengan dadah jenis methamphetamine sejak 5 tahun lalu.

"Operasi semalam mendapat kerjasama daripada AADK negeri Kedah, Unit Sempadan Antidadah Bukit Kayu Hitam dan Jabatan Rela Daerah Yan.

"Kesemua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK Daerah Yan untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, operasi bermula 8 pagi dan berakhir 3 petang, berjaya menahan 24 individu berusia antara 21 hingga 60 tahun.

Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan) 1983.

"Hasil saringan air kencing mendapati 22 daripadanya positif dadah jenis opiat dan 2 lagi positif methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 15 individu akan ditempatkan di Pusat Tahanan Reman Kampung Selamat sebelum proses pendakwaan manakala yang lain diberi jamin untuk hadir semula atas beberapa faktor melibatkan kesihatan dan sebagainya,"katanya.