Dua unit rumah Flat Sri Stulang nyaris terbakar

Keadaan dua rumah yang terbakar pagi tadi.
Keadaan dua rumah yang terbakar pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua unit rumah Flat Sri Stulang di Jalan Stulang Laut di sini nyaris musnah dalam kebakaran jam 7.15 pagi tadi.

Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafie Ahmad berkata, kedua-dua rumah itu mengalami kebakaran sebanyak 10 peratus di bahagian hadapan rumah.

“Tiga jentera dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah digegaskan ke lokasi kejadian dengan turut dibantu sebuah jentera dari BBP Tebrau melibatkan seramai 27 anggota,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rafie berkata, sepuluh penghuni kediaman berkenaan sempat menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba.

“Terdapat tiga penghuni di sebuah rumah manakala tujuh lagi di sebuah lagi rumah bersebelahan.

”Semua penghuni dapat menyelamatkan diri dan tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran,” jelasnya.

Katanya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan selain operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.11 pagi.

Artikel Berkaitan: