Ejen pengurusan mayat dibunuh akibat cemburu

Pada kejadian 10 Disember lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak Ikan, Kampung Kilang Baru.
Pada kejadian 10 Disember lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak Ikan, Kampung Kilang Baru.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis mengenal pasti motif utama pembunuhan ejen pengurusan mayat pada 10 Disember lalu adalah akibat cemburu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan teman wanita suspek utama.

Menurutnya, kes melibatkan penahanan lima suspek termasuk seorang wanita itu dianggap selesai apabila kesemua suspek mengaku berhubung pembabitan dalam jenayah tersebut.

"Berdasarkan siasatan, kita mendapati motif utama pembunuhan mangsa disebabkan cemburu hingga membawa kematian.

"Seorang orang kena tuduh (OKT) dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kulim, manakala OKT lain mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah pada 24 Disember lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini tadi.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner, Sapii Ahmad dan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari.

Pada kejadian 10 Disember lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak Ikan, Kampung Kilang Baru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit kira-kira jam 7.30 pagi pada hari kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN Ejen pengurusan mayat dibunuh, dicampak tepi jalan

Artikel Berkaitan: