X

Kindly register in order to view this article
!

Taufan Phanfone: Angka korban meningkat 50 orang

Keadaan kediaman mangsa yang terjejas akibat Taufan Phanfone yang melanda Filipina Rabu lalu. - Foto Agensi
A
A

MANILA - Angka korban Taufan Phanfone yang melanda Filipina Rabu lalu meningkat kepada 50 orang disifatkan ribut paling kuat melanda negara itu pada 2019, kata pihak berkuasa hari ini.

Taufan Phanfone dan hujan lebat bukan sahaja memusnahkan kediaman pendudukan bahkan juga menghancurkan bangunan komersial terutama di Pulau Visayas yang menjejaskan lebih daripada dua juta orang.

Sekurang-kurangnya 80,000 mangsa masih lagi kekal di tempat perlindungan kecemasan dan mungkin terpaksa tinggal sehingga tahun baru bergantung kepada skala kemusnahan yang dialami mereka.

"Kami sedih kerana sesetengah mangsa terpaksa berada di pusat pemindahan, tetapi kami memberi jaminan bahawa mereka akan terus mendapat sokongan sehingga mereka dapat kembali," kata jurucakap agensi bencana negara, Mark Timbal kepada AFP.

Sementara itu, lima lagi mangsa yang hilang masih belum ditemui manakala 143 mangsa cedera dalam tragedi bencana alam itu.

Kelmarin, jumlah mangsa yang terkorban dicatatkan seramai 41 orang termasuk tiga pelaut yang meninggal dunia selepas kapal mereka terbalik, seorang anggota polis terkena renjatan elektrik dan seorang lelaki terkena pokok tumbang. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!