Doktor hina bekas Agong letak jawatan serta merta

Kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Klinik Mediviron
Kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Klinik Mediviron
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Klinik Mediviron mengesahkan doktor yang membuat komen berbaur hinaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebook peribadinya telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan klinik itu hari ini, pihaknya turut kecewa dengan komen yang dibuat Dr Rupesh Muniandy yang bertugas di klinik cawangan Kajang itu.

"Pihak pengurusan Kumpulan Klinik Mediviron amat kecewa dengan komen yang dibuat Dr Rupesh Muniandy yang telah mengguris perasaan dan sensitiviti orang ramai.

"Nilai-nilai yang kami tanamkan selama 33 tahun dalam memberikan perkhidmatan terbaik oleh doktor-doktor dan jururawat kami meliputi pelbagai kaum dan masyarakat Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, komen yang dibuat secara peribadi tersebut tidak mencerminkan apa jua pendapat dan penilaian kakitangan dan pengurusan kumpulan klinik berkenaan.

"Dr Rupesh Muniandy juga telah memohon maaf di atas komennya dalam akaun Facebook beliau sendiri dan bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Sebelum itu, akaun Facebook milik doktor berkenaan diserang netizen selepas beliau memuat naik komen berunsur hinaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong.

Artikel Berkaitan: