'Kecoh insiden kebakaran' Hospital HTAR di Klang

Anggota JBPM membangu mengeluarkn mangsa sewaktu simulasi itu.
Anggota JBPM membangu mengeluarkn mangsa sewaktu simulasi itu.
A
A
A

KLANG - Kompleks Rawatan Ibu dan Bayi (Kriba) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang 'kecoh' seketika berikutan kejadian 'kebakaran' sekitar jam 9.10 malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya membantu memadamkan 'kebakaran' di tingkat lima bangunan berkenaan daripada terus merebak ke tingkat lain.

Insiden tersebut bagaimanapun hanyalah satu 'drama' sempena Simulasi Latihan Kebakaran 2019 di lokasi berkenaan sebagai salah satu persediaan bagi menghadapi senario kebakaran sebenar.

Bangunan Kriba merupakan bangunan baharu di HTAR yang mula beroperasi pada Mac tahun ini dan mempunyai sistem pencegahan kebakaran yang lengkap.

Menerusi simulasi ini, satu senario telah diwujudkan untuk menguji kecekapan kakitangan HTAR dalam membantu menangani kebakaran serta menyelamat pesakit di bangunan itu.

Kakitangan HTAR membantu membawa pesakit keluar sewaktu simulasi berkenaan.
Kakitangan HTAR membantu membawa pesakit keluar sewaktu simulasi berkenaan.

Mengulas mengenai latihan itu, Pengarah HTAR, Datin Dr Hasni Hanapi berkata, selain memberi pendedahan kepada kakitangan, simulasi berkenaan juga bertujuan memantapkan lagi pelan kebakaran hospital tersebut.

"Simulasi ini merupakan yang pertama dianjurkan HTAR pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

"Pemilihan Kriba bagi menjalani simulasi pada kali ini berikutan bangunan ini baru sahaja beroperasi pada Mac lalu," katanya.

Simulasi berkenaan mendapat kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, BBP Kota Raja dan BBP Port Klang membabitkan seramai 119 kakitangan HTAR bersama 127 pesakit hospital.