Taliban nafi rancangan gencatan senjata

Taliban membuat penafian itu selepas pasukan keselamatan merancang operasi musim sejuk untuk memerangi kumpulan militan di Afghanistan.
Taliban membuat penafian itu selepas pasukan keselamatan merancang operasi musim sejuk untuk memerangi kumpulan militan di Afghanistan.
A
A
A

KABUL - Pejuang Taliban hari ini menafikan mencapai persetujuan untuk sebarang gencatan senjata di Afghanistan selepas khabar angin tentang perjanjian itu mula tersebar.

Persetujuan itu dilihat sebagai langkah untuk meredakan konflik selepas perang berlarutan selama lebih 18 tahun.

"Sejak beberapa hari lalu, beberapa media telah mengeluarkan laporan tidak benar tentang gencatan senjata. Sebenarnya, tiada rancangan seperti itu," kata jurucakap kumpulan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pasukan keselamatan tempatan dan antarabangsa merancang operasi musim sejuk di tengah-tengah perbincangan Amerika Syarikat (AS) dan Taliban untuk menghentikan keganasan di Afghanistan.

Kabul juga sedang berdepan krisis politik berterusan selepas pihak berkuasa mengumumkan keputusan awal Pilihan Raya Presiden yang mengekalkan pemerintahan Presiden Ashraf Ghani untuk penggal kedua.

Sehingga kini, Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum mengumumkan keputusan rasmi selepas ia menerima lebih 16,000 aduan tentang pemilihan itu.

Taliban telah sekian lama melihat Ghani sebagai boneka AS dan enggan berunding dengan kerajaan beliau, sekali gus meningkatkan kebimbangan pertempuran dengan tentera Afghanistan akan berterusan walaupun Washington mencapai perjanjian dengan kumpulan itu untuk berundur. - AFP

Artikel Berkaitan: