MBSA tawar pengurangan kompaun letak kereta

Shahrin Ahmad
Shahrin Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan pembayaran kompaun tempat letak kereta sempena Kempen Pengurangan Kompaun sepanjang Januari tahun depan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, bayaran kompaun akan dikurangkan kepada RM10 bagi kesalahan dari tahun 2002 sehingga tahun 2009 berbanding jumlah asal.

Selain itu katanya, pengurangan kepada RM30 juga akan diberikan bagi kesalahan dari tahun 2010 sehingga tahun 2020.

"Kempen yang dilaksanakan ini merupakan inisiatif MBSA untuk membantu dan menggalakkan orang kena kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan kempen berkenaan akan bermula pada 1 Januari hingga 31 Januari 2020 depan dengan tawaran sehingga 50 peratus daripada bayaran asal.

Beliau berkata, antara kompaun yang layak mendapat pengurangan sehingga 50 peratus membabitkan kes di bawah kesalahan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007.

"Orang ramai boleh membuat pembayaran di kaunter utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning, dan Pejabat Cawangan Setia Alam," katanya.

Tambah beliau, MBSA turut menasihati orang ramai supaya mengambil peluang berkenaan sebelum tindakan tegas diambil.

Artikel Berkaitan: