Restoran mewah tolak tempahan pasangan diraja

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu dikatakan menempah restoran itu di North Saanich, Pulau Vancouver.
Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu dikatakan menempah restoran itu di North Saanich, Pulau Vancouver.
A
A
A

NORTH SAANICH - Hanya kerana sukar untuk melayan termasuk mengutamakan keselamatan tetamu Putera Henry bersama isterinya, Meghan Markle, sebuah restoran mewah terpaksa menolak tempahan diraja itu ketika percutian Krismas di Kanada.

Memetik Metro.co.uk, pasangan Duke dan Duchess of Sussex, mereka dikatakan menempah restoran itu di North Saanich, Pulau Vancouver.

Pemilik Bev dan Pierre Koffel memberi jawapan kerana perlu menyediakan keselamatan lebih ketat jika menerima pelawaan pasangan tersebut.

Menurut media tempatan Vancouver Sun, Bev telah menerima panggilan daripada pasangan tersebut dan menolak secara berhemah.

Difahamkan, restoran mewah itu menyediakan lokasi bagi majlis perkahwinan termasuk sajian makanan laut yang cukup menarik kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan: